Monday, March 29, 2010

Sabah

Dah alang-alang malas nak buat keja arini, jom kita post banyak-banyak haha.

Yang ni pasal trip kitorang ke KK bulan Januari hari tu. Dapat tiket murah gak la, RM 400/2 orang/to and fro (MAS). Kitorang pergi sekali 8 orang, geng lain yang 6 orang tu nak panjat gunung, tapi since kitorang fitness setakat panjat tangga rumah flet ni je, terus lupakan je la haha.

Flight pergi biasa-biasa je la, pasal check in lambat, ktrg pun duduk sorang sana sorang sini, tak dak hal, yang penting sampai.

Sampai KK dah dekat pukul 1 pagi, terus carik uncle yang bawak kitorang ke Lodging kat area Jalan Gaya. Nama pun lodge, sampai setakat campak-campak barang terus tido. Plan sok nak ambik keta sewa, drive sendiri ke Kundasang atau mana-mana lagi. Zzzz

Sok pagi nya, sabtu bangun2 terus semua turun carik makan pagi, me and wife kalau ikut plan akan check out untuk ambik keta around pukul 10 pagi. Kitorang sewa dekat 3 hari, lepas tawar-menawar dapatla bargain at RM 300 untuk viva otomatik. Boleh la since this is our first time drive sendiri masa trip.

Lodge tu namanya stay in lodge, dapat number pun kat internet, murah gak la untuk standard backpackers hostel. Air panas semua ada, uncle host tu pun friendly, boleh kaw tim nak kuar lambat lagi. Nice. Airport transfer kitorang dari KKIA ke Jalan Gaya pun dia yang arrange kan for RM 100 per van of 8. kira ok la

Saturday

Dapat je keta pukul 10 tu, terus drive ke Kundasang, mula2 nak stay kat area kinarut je pasal memikirkan jalan yang agaknya bengkok2. tapi pasal wife dah berjaya convince yang jalan sure ok, ok la try gi kundasang. Jalan KK Kundasang ok sikit dari Jalan Tapah Cameron, jalan dia pun besar. Maybe pasal tu antara main road dorang ke east side of Sabah Ranau etc. Bas besar2 lalu situ, climbing part tak berapa trilling macam gi genting atau cameron la, tapi view breathtaking la.

As we climb up to Kundasang sayup2 nampak la Mt Kinabalu punya
peak. Memang mighty looking from afar, Sayup je awan kat atas tu, Masa nak approaching Kundasang (highest point of the winding road), kitorang masuk gak la ke Mt Kinabalu Park, just pusing2 janji masuk, ambik gambar skit. Dari Park tu, kitorang terus ke Kundasang, kitorang sebenarnya ikut signboard je, mana tau hala mana haha

Masa sampai kundasang, siang lagi, tapi temperature mild, suasana macam cameron jugak, cuma messy skit pasal ada projek buat jalan, pekan tak besar mana pun, tapi ada bank (hebat!), Hotel yang kitorang pick tu kat atas bukit skit
, tapi viva tu kuat, siap boleh naik.

Pasal nak adventure skit, kitorang ambik chalet kat hotel tu, rate ok la dekat 2 rat, tapi view memang dasyat, depan nu gunung kinabalu. Time tu dah sejuk gak la, tapi the worst is yet to arrive haha

Chalet itu (tobat tak mau dok chalet lagi dah!!)

Chalet tu ok. spacious, tapi dinding semua bukan solid brickwall, tapi drywall, kalau ketuk bunyi memang kuat. Sampai2 dah order mumy buat nescafe, ambik gambar skit. Malam tu kitorang pakat stay kat chalet je, hujan pulak SEJUKKKKK GILERRR!! wei. Baju sejuk ke hapa memang tak bawak pasal bajet nak dok beach area kat kinarut je. Tak dinner dah malam tu, pasal ptg kitorang dah tour sampai ranau sana makan jom jimat KFC haha.

Malam tu memang sejuk gile, lantai dia sejuk sangat sampai kaki rasa kebas kalau pijak. Tapi kitorang gagahkan jugak la tido malam tu. Pagi soknya, awan kabus ntah apa lagi tebal gile, water heater pulak buat hal. Sejuk sangat sampai air pun tak nak panas dah. Tobat la wei dok chalet. Tapi view dia that morning memang excellent (minus the bitter cold!).

That morning tak buat apa2, pegi breakfast and then pusing2 kat area hotel tu je. Around 10am kitorang check out and head back to KK. Kalau orang tanya beside the view tu ada apa lagi kat kundasang tu, memang takda apa2 la weh. Kalau honeymoon pun, kalau boleh la ngadap muka satu sama lain 24 hrs ok la. Aku ada tanya budak front desk tu semalam nya, ada swimming pool tak? dia kata sini dah sejuk, orang tak mandi swimming pool, lol.

Turun bawah (the route)

Driving down the mountain is a breeze, cuma masa kitorang pegi aritu, baru lepas landslide somewhere at the route. Sisa2 tanah masih ada lagi, tapi JKR dorang excellente, lepas sehari dah bersih. Lagipun route tu penting, kalau tutup, orang2 belah2 sana camna nak turun belah sini.

Jalan dia lebar with sufficient area to overtake the big and heavy vehicles. Senang la, driver dia pun berhemah tak ingat (credit to sabahan) tak macam KL/JB, wooh.

Passing jambatan tamparuli we head straight to one roundabout and turn right the signboard showing sandakan. Mentioned to wife the other day yang aku nak try jalan lain balik ke KK (passing port kapal selam and kingfisher park). We just follow the map I bought in KL and just follow signboard KK.

The highway

Highway yang kitorang lalu ni, pass many reclaimed swamp area, sampai kat satu tempat ni we passed signboard showing Shangri La rasa ria, masa nak pegi dulu ada check, the cheapest rate somewhere RM 600!!. Way too expensive la for budget traveller macam kitorang ni, tapi kitorang masuk jugak, park and walk around the premise. Pantai dia memang putih la, silau ni mata tengok pasir dia hehe.

Lepas dari rasa ria kitorang singgah pulak kat nexus karambunai, nama gempak, just nak check out the place mana tau 10 tahun lagi mampu hehe.

Dari nexus kitorang follow signboard straight ke KK, sampai KK, terus check in ke cititel express kat jalan singgah mata. New hotel and we got very cheap rate RM 60 kut semalam (or lesser + breakfast which is add on). Sebelum masuk bilik, front desk pesan bilik kecil and don't get suprised. Who cares if air con and shower power!!

Other attractions

Beside kundasang, wife ajak ke pasar philipine and KK punya waterfront. Petang tu ada pasar malam ke hapa, tapi havoc dengan orang jual seafood. Sotong dia, peh, besar lengan. Harga tak tau, kitorang tak survey. Pasar Philip. tu sebelum ni pernah pegi masa on official business some 3 years back, so tau gak la what's inside. Wife beli some girl's stuff (tak tengok pun apa bendanya) dengan apa ntah.

Tepat pukul 7, kitorang carik kedai seafood lain, just nak try betul ke murah. Sampai kat kedai makan yang banyak2 tu terus order ketam la, udang dengan ikan. Wife melantak 3/4, katanya sedap ni.

Nak balik KL

Flight kitorang ke KL pukul 7 camtu, pukul 5 kitorang dah sampai airport pasal nak check in early takut duduk jauh2 hehe. Flight kitorang MH81, flight transit dari Narita dalam tu banyak la orang Jepun. To be honest, this is my 1st experience la on board aircraft other than B737-400 dengan A320 (ye lah, paling jauh pun bangkok dengan bandung je, semua pakai kapal A320-Air Asia), jakun memang jakun la, BESAR AMAT weh.

Sepanjang flight weather ok (ceh, boleh tengok skrin-takde pape pun). Makan ok (balik2 ikan atau ayam?). Take off dasyat, lajak dia terlebih semacam je (kapal panjang kut), landing pun ok, satellite terminal KLIA. Ni lagi 1st time, NAIK TRANSIT TRAIN dari satellite ke MTB. Kuar2 sangkut kat imigresen, orang lain pakai passport, officer tu tanya awak ni dari mana, hehe.

Bag yang kitorang check in kat KK kuar lambat pulak, dah la kitorang kejar ERL pukul 11, tapi memang close, aku sampai lagi seminit je pintu nak tutup.

Tu la, a bit of our travel ke KK. Penat memang penat tapi the experience dia memang thumbs' up. Together we have been to Bandung je before this others, local destination (peninsular Malaysia). Our next trip ke Langkawi (Januari 2011!!) tiket dapat RM 36 (2 orang/to and fro). Tapi pending tiket our daughter (belum lahir lagi the time of purchased hehe). Kalau anak aku dah lahir baik beli seat 1 lagi, RM 18 je. In between now and Jan 2011, takda plan2 jauh2 lagi since my wife is now pregnant and I think better wait for our child to grow a bit before bawak jalan lagi haha.

No comments:

Post a Comment