Sunday, May 8, 2011

Taman Sutera (progress as at 8/5/2011)

Hari Sabtu lepas kami ke Kajang nak tengok apa dah jadi dengan projek taman Sutera tu. Dah 2 bulan tak tengok, kalau balik ke Johor pun dah malam, gelap, bila otw ke KL pun dah malam, so sabtu lepas, lepas bersesak kat Midvalley pegi 'Mom's and baby fair', kami pun bertolak ke Kajang dari Midvalley ikut Plus. Tol dari Sg Besi ke Kajang RM 1.80, kalau lalu Besraya cuma RM1.30 ikut exit mines, tapi selalunya ramp naik ke mines jam, org nak ke Seri Kembangan, jadi ikut je la PLUS. Kalau ikut PLUS kena tambah tol RM1 lagi kat tol Sg Balak, boleh skip tol ikut bukit angkat, jade hills, tapi jalan nya sangat la berliku, banyak lori kuar masuk ikut kilang2 kat Bukit Angkat tu, jadi labur je la RM1 tu kat SILK, cepat pun cepat.

Kami terkejut juga dari jauh progress dah lebih dari expectation. Tong penghadang jalan pun dah dibuka, jadi tak perlu ikut Nusantara yang ada guard tu (guard ok, cuma nak pusing2 dalam tu jauh sikit). Hoarding kat few areas pun dah buka, mungkin sekarang dah nak buat jalan luar dan landscape. Row kami nampaknya, dah nampak siapnya. Rata2 unit tinggal buat tiling, cat (finishing coats) dan pasang pintu tingkap, sanitary fittings. Kami tak boleh masuk ke depan unit kami tu, jadi cuma pusing tengok unit depan Nusantara/Zen 1, bajet sama la design-nya. Ni gambar unit yang kitorang riki. (minta izin empunya unit, ambil gambar):


Ni counter top kat belakang, ada column keluar pulak, sempit sikit
Ni dapur dari wet kitchen/counter top


View bilik yang kat bawah - cadang nak buat guest room untuk mak/ayah/abah kami kalau ke rumah kami. Tak perlu panjat ke atas


Ni master bedroom




Alamak, empunya unit ni sila ambil perhatian, ada air leaking ke living hall. Box up tu kena ganti. Atas tu sebenarnya toilet master bedroom, so nak tutup soil/waste pipe, dorg guna box up. Mesti air leaking dari lantai atas masa dorg buat ponding test.

Setakat ni je dulu, bulan depan kalau melawat lagi, aku taruk gambar lagi.

No comments:

Post a Comment